Dalam bidang kewangan, kadar pertukaran (juga dipanggil kadar pertukaran asing, kadar forex atau kadar FX) antara dua mata wang menentukan berapa nilai satu mata wang dari segi satu mata wang yang lain. Contohnya, kadar pertukaran 102 yen Jepun (JPY, ¥) ke dolar Amerika Syarikat (USD, ) bermaksud JPY 102 sama nilainya dengan USD 1.